Northern tip of Santubong

Sunday, June 13, 2010

pengangat badan


MOTO: Perjalanan yang jauh ....
bermula dengan kayuhan pertama....


MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

Latih diri untuk peperiksaan

Kita perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda kita juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Justru, kita perlu melatih diri bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.

Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:

1.Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan

tepat.

2.Latih dalam tempoh masa yang tertentu.

3.Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.

4.Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang

berkesan.

1. Latih mengeluarkan maklumat

Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu kita perlu sentiasa melatih diri untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:

Ø Menjawab soalan-soalan;

Ø Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;

Ø Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;

Ø Mengadakan perbincangan dengan rakan;

Ø Menyediakan kad imbasan kecil.

Ø Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.

Ø Cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.

2. Hadkan masa menjawab

Pastikan kita menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu kita perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.

Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab

soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.

3. Anggap seperti peperiksaan sebenar

Pastikan diri kita bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan. Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran tersasar dan melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Kita perlu belajar mengenali gerak hati sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.

4. Strategi menjawab soalan

Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, kita memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Langkah-langkah berikut dapat membantu:

1.Baca arahan terlebih dahulu.

2.Baca soalan terlebih dahulu untuk mencari maklumat awal mana soalan

yang lebih mudah, sekiranya boleh dipilih

3.Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.

4.Jawab soalan mengikut turutan berikut:

Ø Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah di ramal, atau yang pernah ber latih sebelumnya.

Ø Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu di jawab hanya dengan satu kali cubaan.

Ø Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.

Ø Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.

Ø Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.

Mencari sebab (post-mortem)

Kita perlu menkaji kelemahan diri setiap kali selesai menjawab soalan-soalan. Setelah selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:

Ø Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.

Ø Tidak faham - baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.

Ø Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.

Ø Cuai - Pastikan kita mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.

Ø Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.

Jangan buang masa

Dalam suasana peperiksaan semakin hampir kita perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah di pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang di ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.

Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi mengulangkaji.

No comments:

Post a Comment